Rabu, 25 Mac 2020

TIP UBAHSUAI RESTORAN (PART 1.0)

Tips Ubahsuai Restoran Di Tingkat Bawah Giant Hypermaket Jalan Kebun Klang Selangor.

Assalamualaikum, Salam  Khamis (25.03.2020)


Di ruang ini saya ingin berkongsi bersama pembaca tips untuk mengubahsuai Sebuah Restoran (Restoran Khulafa Bistro) di Tingkat Bawah Giant Hypermarket (lot tepi), Jalan Kebun Klang Selangor.

Setelah anda membaca tips ubahsuai bangunan rumah teres yang telah saya poskan terdahulu maka kini pula ialah langkah untuk mengubahsuai restoran yang lebih kompleks di Pusat Membeli Belah Giant Hypermarket seperti berikut :

Butiran Ubahsuai :

1. Lokasi
    Giant Hypermarket Jalan Kebun Klang Selangor
2. Klien
    Restoran Khulafa Bistro
3. Kontraktor
    T.H Equipment Sdn Bhd 
4. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    Majlis Perbandaran Klang 
5. Perunding Rekabentuk
    Jaf DESIGN (Ali Nordin Yaakub)
6. Konsep Rekabentuk
    Moden, Simple, Elegen

Konsep Rekabentuknya bersesuaian dengan lokasi restoran di Hypermarket serta jenis masakan yang akan dihidangkan kepada pelanggan. Iaitu Western Food di samping Masakan Thailand, Melayu dan Mamak.

Penggunaan Mural Poster Hidangan Makanan Pelbagai yang besar di dalam restoran akan memberi impak kepada pengunjung.

Rekabentuk kemasan 'Plaster Ceiling' yang moden dapat menyerikan lagi suasana restoran.

Penggunaan Panel Kaca yang luas membenarkan kemasukkan cahaya semulajadi ke dalam ruang restoran yang menjimatkan tenaga elektrik seterusya memberi pandangan jauh dari dalam dan luar restoran.

Tip Ubahsuai :

1. Langkah Pertama
    Memaklumkan : 
i) Pihak Giant Hypermarket (Tuan Tapak) terhadap cadangan dengan mengemukakan 'Cadangan Pembangunan' (c/c kepada klien)
ii) Memaklumkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)terhadap    cadangan restoran.

2. Langkah Kedua
    Setelah rekabentuk restoran dipersetujui oleh semua pihak
    maka :
i)  Adakan Lawatan Tapak 1

Lawatan Tapak Pertama diadakan di lokasi ubahsuai restoran bersama-sama : Pihak Klien, Kontraktor, Tuan Punya Hypermarket serta Konsultan Rekabentuk.



  Lawatan Tapak 1 : Perbincangan bagi memulakan kerja
                                Kehadiran :
                                a). Ali Nordin Yaakub (Konsultan)
                                b). Dato' Wahid (Khulafa)
                                c). Iskandar (Khulafa)
                                e). Wakil Kontraktor (TH Eqpt. S/B)


ii)  Memulakan Kerja Ubahsuai di Tapak

Setelah mendapat kataputus dari semua wakil dari Lawatan Tapak 1, maka kerja-kerja ubahsuai restoran dimulakan. Ianya mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan restoran tersebut.

Bagi melancarkan perjalanan pembinaan maka diadakan mesyuarat tapak setiap 2 minggu.



  Pandangan Restoran Dalam Pembinaan.  
     




























Pandangan Bahagian Luar Restoran Dalam Pembinaan. 


Pandangan Bahagian Luar Restoran Dalam Pembinaan.

3. Langkah Ketiga
    Mengemukakan Permohonan Lesen Perniagaan termasuk rekabentuk Papan Iklan untuk restoran ke Majlis Perbandaran Klang untuk kelulusan.

    Rekabentuk Papan Iklan Restoran :



4. Kerja-Kerja Pembinaan Siap Sepenuhnya

    Dalam masa 3 bulan kerja-kerja ubahsuai Restoran Khulafa Bistro siap sepenuhnya. 








    Pandangan Bahagian Luar dan Dalam Restoran Khulafa         
4. Langkah Terakhir : Kemukakan  Permohonan Rekabentuk Papan Iklan Restoran bagi Kelulusan Lesen Perniagaan Restoran ke Majlis Perbandaran Klang.

     Rekabentuk Papan Iklan Restoran Untuk Submission 

    






Akhir kata diharap catatan saya di atas bermanafaat dan 
memberi ilham kepada pembaca.

Jangan lupa lawat blog saya seterusnya.


     Kredit :  
 a) Giant Hypermarket Jalan Kebun Kelang Selangor
 b) Ali Nordin Yaakub (Konsultan)
 c) Dato' Wahid (Khulafa)
 d) Iskandar (Khulafa)
 e) Wakil Kontraktor (TH Eqpt. S/B)  


Cadangan Video berkaitan Restoran Khalifa-Khulafa    

              
       

                                









Tiada ulasan:

Catat Ulasan